BESARNYA PERMINTAAN, PENGEDAR NAIKKAN HARGA CIVIC TYPE R HAMPIR SEKALI GANDA!

Motosikal | Tentunya hal ini bukanlah tak salah baca, permintaan konsumen akan Honda Civic Type-R merupakan fenomena baru di Negeri Paman Sam. Maklumlah selama ni mereka tak berpeluang beli kereta Type-R dari kilang. Dan kereta sukan Honda terdekat yang boleh dibeli ialah NSX – harga arwah! Hampir setiap pengedar kekurangan bekalan, sedangkan permintaan di luar kemampuan pengimport sah. Kereta ini cuma dipasang di satu kilang sahaja, di kemudahan pemasangan Honda di Swindon, United Kingdom. Ia kemudiannya diedarkan ke seluruh dunia. Sejak diperkenalkan kepada dunia, setiap benua lakukan pelancaran berbeza tarikh, namun hampir setiap pasaran Type-R, ia laris bak keropok lekor. Di Jepun sendiri, negara yang suka membina dan membuang kereta, masa menunggu Civic Type-R ini ialah lebih enam bulan. Penangan kereta pacuan hadapan terpantas Nurburgring ini memang mengejutkan. Tinjauan di laman jualbeli popular Amerika, Autotrader mendapati hampri semua pengedar tidak menjual mengiku...