Yamaha NVX 155 ABS 2017 Rilis di Malaysia, Ada 3 Warna

Motosikal | Tepat hari kemarin tanggal 11 Juli 2017 pihak Hong Leong Yamaha Motor Malaysia resmi merilis skutik baru bernama Yamaha NVX 155 ABS 2017 yang merupakan kembaran dari Yamaha Aerox 155 di Indonesia,Yamaha NVX 155 dikuasakan oleh enjin 155 cc suntikan bahan api, dengan teknologi Blue Core dan VVA, dan ia adalah unit sama seperti yang terdapat pada model NMax, berkuasa 14.8 hp dan 13.8 Nm tork. Namun sesuatu yang menarik ada pada NVX 155 adalah sistem kunci pintar yang membolehkan pengguna memulakan enjin tanpa perlu memasukkan kunci pada motosikal (tetapi berada berdekatan). Enjin ini juga mempunyai sistem Start/Stop automatik.

Selain penampilan yang lebih sporty, NVX 155 juga mempunyai kelengkapan berteknologi seperti yang boleh dilihat pada bahagian meternya, yang menggunakan skrin LCD digital 5.8 inci. Di bahagian bawah pemegang motosikal ini terdapat satu ruang simpanan kecil bersama soket pengecas USB untuk peranti elektronik.

Ciri lain yang ada pada NVX 155 adalah termasuk brek cakera di hadapan, dram di belakang, fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak di belakang, tayar tanpa tiub 110/80 di hadapan, 140/70 di belakang, tangki bahan api 4.6 liter, berat 118 kg (18 kg lebih ringan berbanding NMax 155) dan transmisi automatik tali sawat.

Semasa majlis pelancaran NVX 155 ini, HLYM turut mengumumkan bahawa satu siri perlumbaan NVX 155 akan diadakan bersama pusingan perlumbaan Cub Prix, bermula dari pusingan keenam sehingga pusingan kesepuluh. Pelumbanya terdiri daripada pelumba baru yang dilihat berbakat dan sebanyak sehingga 20 buah NVX 155 diubahsuai untuk kegunaan perlumbaan ini.


Comments

Popular posts from this blog

Yamaha 125ZR (2016) warna kuning – RM7,269.00

Geely Boyue SUV makes first Malaysian appearance - 2017